Tamatnya perang bendera,berakhirnya Pilihanraya Umum
ke-13 (PRU) kita dapat menyaksikan kemampuan tampok kepimpinan Barisan Nasional
(BN) masih kental mempertahankan kubu pemerintahannya,meskipun ada beberapa
bahagian kawasan yang ditakluki oleh parti pembangkang.
perang bendera
Sebagai rakyat Malaysia ,saya dapat merasai perubahan
yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam memastikan kelancaran pembangunan
modenisasi menuju kearah yang bermutu mahupun pembangunan sahsiah insaniah .
Pembentukkan kabinet kerajaan kali ini, ia banyak
mengetengahkan muka-muka baru dari pelbagai kaum . Pada pandangan saya
pembentukkan kerajaan 2013 ini,adalah salah satu langkah bijak untuk
mengekalkan kemajmukan masyarakat di negara kita tanpa mengira warna kulit .
hanya di Malaysia je y meriah hihih
Pemilihan ketua
,dari pandangan Islam.
Islam telah meletakkan garis panduan dalam pemilihan
ketua,kita semua maklum bahawa pemimpin yang baik akan membawa orang yang
dipimpinnya ke jalan yang baik. Menurut hadis riwayat Hakim dari Ibnu Abbas.
Ada yang memilih
seseorang kerana ia saudaranya , kerana itu rakannya, kerana dia boleh bagi
duit banyak, kerana nak kenakan dia, kerana lebih baik rupa paras, kerana lebih
kaya, kerana banyak keuntungan dunia dan niat-niat yang lain yang bukan ianya
lebih Allah dan Rasulnya redai. Semua itu adalah satu pengkhianatan kepada
Allah, Rasul dan orang-orang yang beriman.
Dari hadis ini jelaslah islam menitik berat akan
pemilihan pemimpin, ini kerana ditakuti Kita semua sudah mengetahui bahawa
kehidupan akhirat adalah kehidupan hakiki dan dunia adalah sementara. Oleh itu
kita hendak pemimpin yang membawa projek akhirat dan dalam masa yang sama tidak
mengetepikan dunia dari tangan. Pemimpin yang selalu mengingatkan kita tentang
akhirat dan pemimpin yang melaksanakan hukuman akhirat.
Percaya
kemampuan pemimpin.
Apabila pembentukan kerajaan yang baru di tubuhkan
maka bermula era pentadbiran negara dengan nafas yang baru. Mungkin ada dalam
kalangan da ri kita menentang dan mungkin ada yang menerima. Sebagai rakyat
kita seharusnya percaya kepada pucuk pimpinan yang sudah kita lantik,tetapi
sebagai rakyat juga kita mempunyai tanggungjawab dan hak untuk menegur kepimpinan yang silap serta
berhak menjatuhkannya melalui saluran dan medium yang betul.
Justeru ,ini bertepatan dengan ajaran Islam yang syumul di mana
bermula dari kepimpinan. Kepimpinan adalah amanah dan tangungjawab yang digalas
oleh pemimpin, sebarang penyelewengan mesti ditegur oleh rakyat. Rasulullah
sendiri menerima pandangan dann teguran para sahabat dalam beberapa persitiwa
yang terkenal antaranya, teguran Al-Habbab Ibn Munzir dalam menentukan kubu
terbaik dalam peristiwa perang Badar, begitu juga teguran Suad dalam kes
ditolak dengan busar oleh Rasul dan banyak lagi.
Hak teguran ini digalakkan begitu hebat di zaman Khalifah Islam yang pertama Abu Bakar As-Siddiq dimana beliau menyatakan dalam ucapannya yang mashyur.
"Sesungguhnya aku hanya dilantik dari kalangan kamu, bukanlah aku yang terbaik dr kamu, kiranya aku berada di landasan kebenaran maka bantulah aku, taatilah aku selagi mana aku mentaati Allah dan RasulNya, maka apabila aku menderhaka Allah maka tiadalah wajib lagi taat kepadaku"
Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh Abu Bakar As-Sidiq ,jelaslah islam menegaskan bahawa tiada yang layak di taati melain Allah dan RasulNya dan melarang keras terhadap pemerintah yang zalim mahupun autokrasi ,adapun Malaysia mengamalkan demokrasi.
Hak teguran ini digalakkan begitu hebat di zaman Khalifah Islam yang pertama Abu Bakar As-Siddiq dimana beliau menyatakan dalam ucapannya yang mashyur.
"Sesungguhnya aku hanya dilantik dari kalangan kamu, bukanlah aku yang terbaik dr kamu, kiranya aku berada di landasan kebenaran maka bantulah aku, taatilah aku selagi mana aku mentaati Allah dan RasulNya, maka apabila aku menderhaka Allah maka tiadalah wajib lagi taat kepadaku"
Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh Abu Bakar As-Sidiq ,jelaslah islam menegaskan bahawa tiada yang layak di taati melain Allah dan RasulNya dan melarang keras terhadap pemerintah yang zalim mahupun autokrasi ,adapun Malaysia mengamalkan demokrasi.
Jadi pemimpin yang di
sayangi rakyat.
Usah menjadi pemimpin yang aktif ketika PRU, mahupun ketika
berkempem meraih undian. Kita tidak mahu pemimpin yang dahulunya miskin tetapi
setelah memerintah menjadi hartawan , usah menjadi pemimpin yang mengutamakan
hak individu berbanding hak kolektif.
Mengambil pendangan dan mendengar keluhan semua pihak merupakan
intipati terpenting sebagai seorang pemimpin . Pemimpin yang adil dan berwibawa
akan menjadikan ia disenangi oleh rakyat.
No comments:
Post a Comment