Friday, May 31, 2013

ibu bapa insan penyokong anak-anak

Di dalam dunia ini perkataan hormat ,sayang,kasih dan sebagainya haruslah diberikan kepada kedua insan yang mulia ini...

entri kali ini saya ingin berceritakan sedikit peranan ibu bapa selain mendidik dan melahirkan kita...

peranan ibu bapa amat penting didalam membentuk sahsiah jiwa anak-anak...kejayaan seorang anak itu di sebabkan salah satu faktor dorongan dan restu daripada ibu bapa...

pada pandangan saya ,ibu bapa merupakan salah satu agen atau medium penyokong di dalam kejayaan seseorang itu,,
hasil daripada lakaran yang baik akan menghasilkan produk yang baik...
tanpa mereka maka tidak lah lahir pemuda mampan negara.....
 oleh itu saya menyeru kepada anda semua,,doa kan lah kedua ibu bapa kita setiap hari...
restu dan berkat mereka amat penting pentiang buat kita.....amin...


restu ibu bapa penting untuk anak-anak ...

exam LINE!



ini apa yang dikatakan exam fever atau pon exam line....


Hye…selamat semuanya…entri kali ini saya Cuma ingin member sedikit tip ketika menduduki peperiksaan,,maklumlah bahang peperiksaan akan tiba…

Mungkin segelintir korg daa pon menduduki dan sudah menerima najitah daripada apa yang anda usahakan…

Tip yang pertama ialah ,,,anda harus mendapat rehat yang secukupnya




 
2) malam peperiksaan anda tidak digalakkan mengulang kaji pelajaran, ini akan menyebabkan pemikiran kita bertambah stress
 

Ke-tiga..peralatan yang secukupnya hendaklah tersedia seperti IC,SLIP peperiksaan,Alat tulis dan sebagainya
 

Keempat…baca doa sebelum dan selepas selesai menjawab soalan..
                                                                                                                

Ke-5…tanamkan dalam diri “aku belajar bukan untuk peperiksaan tetapi untuk Berjaya”

6)tenangkan diri ketika didalam dewan peperiksaan..

 


 

Jika anda ada sebarang tip yang ingin dikongsikan , amatlah di alu-alukan…

Dan INSYAALLAH doakan kejayaan kita bersama,,semoga Berjaya dunia dan akhirat














Monday, May 27, 2013

Pembentukkan Kabinet Kerajaan Malaysia 2013,mengekalkan majmuk masyarakat.


Tamatnya perang bendera,berakhirnya Pilihanraya Umum ke-13 (PRU) kita dapat menyaksikan kemampuan tampok kepimpinan Barisan Nasional (BN) masih kental mempertahankan kubu pemerintahannya,meskipun ada beberapa bahagian kawasan yang ditakluki oleh parti pembangkang.

                                                    perang bendera


Sebagai rakyat Malaysia ,saya dapat merasai perubahan yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam memastikan kelancaran pembangunan modenisasi menuju kearah yang bermutu mahupun pembangunan sahsiah insaniah .

Pembentukkan kabinet kerajaan kali ini, ia banyak mengetengahkan muka-muka baru dari pelbagai kaum . Pada pandangan saya pembentukkan kerajaan 2013 ini,adalah salah satu langkah bijak untuk mengekalkan kemajmukan masyarakat di negara kita tanpa mengira warna kulit .

                                                    hanya di Malaysia je y meriah hihih




Pemilihan ketua ,dari pandangan Islam.

Islam telah meletakkan garis panduan dalam pemilihan ketua,kita semua maklum bahawa pemimpin yang baik akan membawa orang yang dipimpinnya ke jalan yang baik. Menurut hadis riwayat Hakim dari Ibnu Abbas.

 Ada yang memilih seseorang kerana ia saudaranya , kerana itu rakannya, kerana dia boleh bagi duit banyak, kerana nak kenakan dia, kerana lebih baik rupa paras, kerana lebih kaya, kerana banyak keuntungan dunia dan niat-niat yang lain yang bukan ianya lebih Allah dan Rasulnya redai. Semua itu adalah satu pengkhianatan kepada Allah, Rasul dan orang-orang yang beriman.

Dari hadis ini jelaslah islam menitik berat akan pemilihan pemimpin, ini kerana ditakuti Kita semua sudah mengetahui bahawa kehidupan akhirat adalah kehidupan hakiki dan dunia adalah sementara. Oleh itu kita hendak pemimpin yang membawa projek akhirat dan dalam masa yang sama tidak mengetepikan dunia dari tangan. Pemimpin yang selalu mengingatkan kita tentang akhirat dan pemimpin yang melaksanakan hukuman akhirat.
 
 
 

Percaya kemampuan pemimpin.

Apabila pembentukan kerajaan yang baru di tubuhkan maka bermula era pentadbiran negara dengan nafas yang baru. Mungkin ada dalam kalangan da ri kita menentang dan mungkin ada yang menerima. Sebagai rakyat kita seharusnya percaya kepada pucuk pimpinan yang sudah kita lantik,tetapi sebagai rakyat juga kita mempunyai tanggungjawab dan hak untuk menegur kepimpinan yang silap serta berhak menjatuhkannya melalui saluran dan medium yang betul.
Justeru ,ini bertepatan dengan ajaran Islam yang syumul di mana bermula dari kepimpinan. Kepimpinan adalah amanah dan tangungjawab yang digalas oleh pemimpin, sebarang penyelewengan mesti ditegur oleh rakyat. Rasulullah sendiri menerima pandangan dann teguran para sahabat dalam beberapa persitiwa yang terkenal antaranya, teguran Al-Habbab Ibn Munzir dalam menentukan kubu terbaik dalam peristiwa perang Badar, begitu juga teguran Suad dalam kes ditolak dengan busar oleh Rasul dan banyak lagi.

Hak teguran ini digalakkan begitu hebat di zaman Khalifah Islam yang pertama Abu Bakar As-Siddiq dimana beliau menyatakan dalam ucapannya yang mashyur.

 "Sesungguhnya aku hanya dilantik dari kalangan kamu, bukanlah aku yang terbaik dr kamu, kiranya aku berada di landasan kebenaran maka bantulah aku, taatilah aku selagi mana aku mentaati Allah dan RasulNya, maka apabila aku menderhaka Allah maka tiadalah wajib lagi taat kepadaku"

Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh Abu Bakar As-Sidiq ,jelaslah islam menegaskan bahawa tiada yang layak di taati melain Allah dan RasulNya dan melarang keras terhadap pemerintah yang zalim mahupun autokrasi ,adapun Malaysia mengamalkan demokrasi.

 

Jadi pemimpin yang di sayangi rakyat.
 



Usah menjadi pemimpin yang aktif ketika PRU, mahupun ketika berkempem meraih undian. Kita tidak mahu pemimpin yang dahulunya miskin tetapi setelah memerintah menjadi hartawan , usah menjadi pemimpin yang mengutamakan hak individu berbanding hak kolektif.

Mengambil pendangan dan mendengar keluhan semua pihak merupakan intipati terpenting sebagai seorang pemimpin . Pemimpin yang adil dan berwibawa akan menjadikan ia disenangi oleh rakyat.

Kabinet menteri Malaysia

http://www.kabinet.gov.my/cms/production/senarai_menteri.php ini adalah link untuk senarai penuh Kabinet Menteri Malaysia..dan atas line internet x cukup kuat hanya ini y mampu saya sediakan hihih...




 

YAB DATO' SRI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan
 
 
YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN MOHD. YASSIN

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan,
 


YB DATUK SERI PALANIVEL A/L K. GOVINDASAMY

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar,
 



YB DATO' SERI HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEIN

Menteri Pertahanan memangku Menteri Pengangkutan,
 
 


YB DATO' SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan,
 








  
 








 




















 














 
 

 




Saturday, May 11, 2013

Pesan Rasulullah – Jangan Kahwini 6 Jenis Wanita Ini!



Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.








3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna,
Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.


Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.








6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Friday, May 3, 2013

Debaran PRU13 …


 
 
 
Debaran pru 13 esok (5 MEI 2013) merupakan hari yang paling mendebarkan kepada seluruh warga Malaysia.Ini kerana kitalah penentu masa depan negara,dengan undian kita ia akan memberikan kesan kepada seluruh negara.

Harapan untuk keluar mengundi:

 

-       Telus dan jujur terhadap kiraan undian.

-       Jaminan keselamatan .

-       Harapan agar cuaca tenang

-       Keluar awal untuk mengundi

-       Undi adalah rahsia

 

 

Harapan rakyat Malaysia….

-perubahan yang positif didalam pentadbiran negara. Kestabilan negara diharapkan berterusan …….

 


Selamat mengundi…..

KURANG PENGETAHUAN SKIM PERLINDUNGAN DIRI INSURAN ATAU TAKAFUL.


 

 

Kitaran waktu sedar atau tidak di era milenium Malaysia kini dilihat semakin membangun, pelbagai kemajuan yang dikecapi pada hari ini merangkumi pelbagai aspek termasuklah dari sudut teknologi komunikasi, perindustrian, pembuatan, pembangunan, pendidikan dan sebagainya.Pertumbuhan yang pesat seperti ini memberikan daya saing duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain.

Rentetan keberkesanan dalam memacu arus kemodenan menyebabkan majoriti rakyat Malaysia menggunakan kitaran jam bekerja mereka secara optimum.Sebagai modal insan yang menjadi penggerak nadi negara ,sebahagian dalam kalangan kita tidak mengambil berat tentang skim perlindungan diri .

Malang tidak berbau acapkali kita dengar ungkapan ini,sewajarnya kita mengambil langkah berjaga-jaga bahkan tiada siapa yang menduga perkara yang terjadi di masa akan datang.Musibah atau kecelakaan boleh menimpa kepada sesiapa sahaja,tidak kita usia tua atau muda di mana-mana sahaja boleh berlaku tanpa diduga ,oleh itu kita seharusnya mempunyai skim perlindungan diri.

Skim perlindungan diri ini penting ia bertujuan membantu  memastikan jaminan perlindungan kemalangan dan kecelakaan yang menimpa diri kita . Dalam dunia kewangan peribadi, kita sering kali ditawarkan untuk menyertai pelan takaful atau insurans? mungkin kita rasa bahawa takaful dan insurans adalah sama. Persoalannya mengapakah sebahagian menyebut takaful dan sebahagian menyebut insurans? Mengapa insurans dan takaful tidak dinamakan atas satu nama sahaja?

Sudut pandangan Islam.

Takaful adalah kata terbitan bahasa arab “kafala” yang bermaksud “jamin” dan perkataan Takaful membawa maksud saling menjamin. Istilah Takaful telah digunapakai dalam konteks insurans secara Islam. Ia merupakan satu perjanjian antara sekumpulan peserta untuk saling menjamin antara satu sama lain apabila berlakunya musibah atau kerugian tertentu.

Kalau dilihat objektif kedua-dua pelan ini adalah sama tetapi beberapa perbezaan sudah dijelaskan oleh ulama Islam. Perbezaan utama antara kedua-dua pelan ini adalah akad atau kontrak. Sebelum wujudnya takaful di pasaran Malaysia, ulama Islam cuba untuk meneliti pelan insurans sama ada mengikut muamalah Islam atau tidak. Setelah diteliti akad / kontrak insurans adalah kontrak jual beli. Jual beli memang diharuskan oleh Islam tetapi mesti memenuhi rukun jual beli mengikut Muamalah Islam. Dalam jual beli mesti ada penjual, pembeli, akad (persetujuan jual beli tersebut) dan barang yang di beli. Maka menjadi tanda tanya kepada kita apakah barang yang dibeli dalam pelan insurans. Adakah barang tersebut polisi yang bernilai jutaan ringgit, atau khairat kematian atau sebagainya Maka di situ lahirlah beberapa perkara yang tidak dibenarkan dalam Islam.

Pada 15 Jun 1972 , Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam persidangan yang kelimanya telah memutuskan iaitu insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada masa ini adalah suatu muamalah yang fasid (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi akadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar (samar-samar), maisir (judi) dan riba. Untuk tidak terlibat dengan unsur-unsur tersebut, perniagaan Takaful menggantikannya dengan konsep Tabarru’ (derma) dan perjalanan operasinya menggunakan dua konsep muamalah Islam iaitu konsep “Mudharabah” dan “Wakalah”.

Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 275 bermaksud, “Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Menerusi ayat ini jelaslah bahawa jual beli berunsurkan riba dilarang keras oleh islam.Sebagai muslim kita seharusnya meneliti terlebih dahulu proses jual beli sebelum memulakan proses tersebut.