Kitaran waktu sedar atau tidak di era milenium
Malaysia kini dilihat semakin membangun, pelbagai kemajuan yang dikecapi pada
hari ini merangkumi pelbagai aspek termasuklah dari sudut teknologi komunikasi,
perindustrian, pembuatan, pembangunan, pendidikan dan sebagainya.Pertumbuhan
yang pesat seperti ini memberikan daya saing duduk sama rendah berdiri sama
tinggi dengan negara maju yang lain.
Rentetan keberkesanan dalam memacu arus kemodenan
menyebabkan majoriti rakyat Malaysia menggunakan kitaran jam bekerja mereka
secara optimum.Sebagai modal insan yang menjadi penggerak nadi negara
,sebahagian dalam kalangan kita tidak mengambil berat tentang skim perlindungan
diri .
Malang tidak berbau acapkali kita dengar ungkapan
ini,sewajarnya kita mengambil langkah berjaga-jaga bahkan tiada siapa yang
menduga perkara yang terjadi di masa akan datang.Musibah atau kecelakaan boleh
menimpa kepada sesiapa sahaja,tidak kita usia tua atau muda di mana-mana sahaja
boleh berlaku tanpa diduga ,oleh itu kita seharusnya mempunyai skim
perlindungan diri.
Skim perlindungan diri ini penting ia bertujuan
membantu memastikan jaminan perlindungan
kemalangan dan kecelakaan yang menimpa diri kita . Dalam dunia kewangan
peribadi, kita sering kali ditawarkan untuk menyertai pelan takaful atau
insurans? mungkin kita rasa bahawa takaful dan insurans adalah sama.
Persoalannya mengapakah sebahagian menyebut takaful dan sebahagian menyebut
insurans? Mengapa insurans dan takaful tidak dinamakan atas satu nama sahaja?
Sudut pandangan
Islam.
Takaful adalah kata terbitan bahasa arab “kafala” yang bermaksud
“jamin” dan perkataan Takaful membawa maksud saling menjamin. Istilah Takaful
telah digunapakai dalam konteks insurans secara Islam. Ia merupakan satu
perjanjian antara sekumpulan peserta untuk saling menjamin antara satu sama
lain apabila berlakunya musibah atau kerugian tertentu.
Kalau dilihat objektif kedua-dua pelan ini adalah sama
tetapi beberapa perbezaan sudah dijelaskan oleh ulama Islam. Perbezaan utama
antara kedua-dua pelan ini adalah akad atau kontrak. Sebelum wujudnya takaful
di pasaran Malaysia, ulama Islam cuba untuk meneliti pelan insurans sama ada
mengikut muamalah Islam atau tidak. Setelah diteliti akad / kontrak insurans
adalah kontrak jual beli. Jual beli memang diharuskan oleh Islam tetapi mesti
memenuhi rukun jual beli mengikut Muamalah Islam. Dalam jual beli mesti ada penjual,
pembeli, akad (persetujuan jual beli tersebut) dan barang yang di beli. Maka menjadi
tanda tanya kepada kita apakah barang yang dibeli dalam pelan insurans. Adakah
barang tersebut polisi yang bernilai jutaan ringgit, atau khairat kematian atau
sebagainya Maka di situ lahirlah beberapa perkara yang tidak dibenarkan dalam
Islam.
Pada 15 Jun 1972 , Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam
persidangan yang kelimanya telah memutuskan iaitu insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan
oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada masa ini adalah suatu muamalah
yang fasid (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam
dari segi akadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar (samar-samar), maisir
(judi) dan riba. Untuk tidak terlibat dengan unsur-unsur tersebut,
perniagaan Takaful menggantikannya dengan konsep Tabarru’ (derma) dan
perjalanan operasinya menggunakan dua konsep muamalah Islam iaitu konsep
“Mudharabah” dan “Wakalah”.
Allah
berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 275 bermaksud, “Orang-orang yang
memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti
berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan
(Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa
sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah
telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu
sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia
berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum
pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada
Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka
mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
Menerusi
ayat ini jelaslah bahawa jual beli berunsurkan riba dilarang keras oleh
islam.Sebagai muslim kita seharusnya meneliti terlebih dahulu proses jual beli
sebelum memulakan proses tersebut.
Insurans merupakan 1 aktiviti gharar(samar, maisir(pertaruhan)dan riba (unfair), bermakna hukumnya haram di sisi syariah..
ReplyDeleteMengapa perlu menghalalkan perkara yang haram sedangkan masih banyak lagi alternatif financing lain untuk menjaga keluarga dan harta ?