Di dalam dunia ini perkataan hormat ,sayang,kasih dan sebagainya haruslah diberikan kepada kedua insan yang mulia ini...
entri kali ini saya ingin berceritakan sedikit peranan ibu bapa selain mendidik dan melahirkan kita...
peranan ibu bapa amat penting didalam membentuk sahsiah jiwa anak-anak...kejayaan seorang anak itu di sebabkan salah satu faktor dorongan dan restu daripada ibu bapa...
pada pandangan saya ,ibu bapa merupakan salah satu agen atau medium penyokong di dalam kejayaan seseorang itu,,
hasil daripada lakaran yang baik akan menghasilkan produk yang baik...
tanpa mereka maka tidak lah lahir pemuda mampan negara.....
oleh itu saya menyeru kepada anda semua,,doa kan lah kedua ibu bapa kita setiap hari...
restu dan berkat mereka amat penting pentiang buat kita.....amin...
Friday, May 31, 2013
exam LINE!
ini apa yang dikatakan exam fever atau pon exam line....
Hye…selamat
semuanya…entri kali ini saya Cuma ingin member sedikit tip ketika menduduki
peperiksaan,,maklumlah bahang peperiksaan akan tiba…
Mungkin segelintir
korg daa pon menduduki dan sudah menerima najitah daripada apa yang anda
usahakan…
Tip yang
pertama ialah ,,,anda harus mendapat rehat yang secukupnya
2) malam
peperiksaan anda tidak digalakkan mengulang kaji pelajaran, ini akan menyebabkan
pemikiran kita bertambah stress
Ke-tiga..peralatan
yang secukupnya hendaklah tersedia seperti IC,SLIP peperiksaan,Alat tulis dan
sebagainya
Keempat…baca
doa sebelum dan selepas selesai menjawab soalan..
Ke-5…tanamkan
dalam diri “aku belajar bukan untuk peperiksaan tetapi untuk Berjaya”
6)tenangkan
diri ketika didalam dewan peperiksaan..
Jika anda
ada sebarang tip yang ingin dikongsikan , amatlah di alu-alukan…
Dan INSYAALLAH
doakan kejayaan kita bersama,,semoga Berjaya dunia dan akhirat
Monday, May 27, 2013
Pembentukkan Kabinet Kerajaan Malaysia 2013,mengekalkan majmuk masyarakat.
Tamatnya perang bendera,berakhirnya Pilihanraya Umum
ke-13 (PRU) kita dapat menyaksikan kemampuan tampok kepimpinan Barisan Nasional
(BN) masih kental mempertahankan kubu pemerintahannya,meskipun ada beberapa
bahagian kawasan yang ditakluki oleh parti pembangkang.
perang bendera
Sebagai rakyat Malaysia ,saya dapat merasai perubahan
yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam memastikan kelancaran pembangunan
modenisasi menuju kearah yang bermutu mahupun pembangunan sahsiah insaniah .
Pembentukkan kabinet kerajaan kali ini, ia banyak
mengetengahkan muka-muka baru dari pelbagai kaum . Pada pandangan saya
pembentukkan kerajaan 2013 ini,adalah salah satu langkah bijak untuk
mengekalkan kemajmukan masyarakat di negara kita tanpa mengira warna kulit .
hanya di Malaysia je y meriah hihih
Pemilihan ketua
,dari pandangan Islam.
Islam telah meletakkan garis panduan dalam pemilihan
ketua,kita semua maklum bahawa pemimpin yang baik akan membawa orang yang
dipimpinnya ke jalan yang baik. Menurut hadis riwayat Hakim dari Ibnu Abbas.
Ada yang memilih
seseorang kerana ia saudaranya , kerana itu rakannya, kerana dia boleh bagi
duit banyak, kerana nak kenakan dia, kerana lebih baik rupa paras, kerana lebih
kaya, kerana banyak keuntungan dunia dan niat-niat yang lain yang bukan ianya
lebih Allah dan Rasulnya redai. Semua itu adalah satu pengkhianatan kepada
Allah, Rasul dan orang-orang yang beriman.
Dari hadis ini jelaslah islam menitik berat akan
pemilihan pemimpin, ini kerana ditakuti Kita semua sudah mengetahui bahawa
kehidupan akhirat adalah kehidupan hakiki dan dunia adalah sementara. Oleh itu
kita hendak pemimpin yang membawa projek akhirat dan dalam masa yang sama tidak
mengetepikan dunia dari tangan. Pemimpin yang selalu mengingatkan kita tentang
akhirat dan pemimpin yang melaksanakan hukuman akhirat.
Percaya
kemampuan pemimpin.
Apabila pembentukan kerajaan yang baru di tubuhkan
maka bermula era pentadbiran negara dengan nafas yang baru. Mungkin ada dalam
kalangan da ri kita menentang dan mungkin ada yang menerima. Sebagai rakyat
kita seharusnya percaya kepada pucuk pimpinan yang sudah kita lantik,tetapi
sebagai rakyat juga kita mempunyai tanggungjawab dan hak untuk menegur kepimpinan yang silap serta
berhak menjatuhkannya melalui saluran dan medium yang betul.
Justeru ,ini bertepatan dengan ajaran Islam yang syumul di mana
bermula dari kepimpinan. Kepimpinan adalah amanah dan tangungjawab yang digalas
oleh pemimpin, sebarang penyelewengan mesti ditegur oleh rakyat. Rasulullah
sendiri menerima pandangan dann teguran para sahabat dalam beberapa persitiwa
yang terkenal antaranya, teguran Al-Habbab Ibn Munzir dalam menentukan kubu
terbaik dalam peristiwa perang Badar, begitu juga teguran Suad dalam kes
ditolak dengan busar oleh Rasul dan banyak lagi.
Hak teguran ini digalakkan begitu hebat di zaman Khalifah Islam yang pertama Abu Bakar As-Siddiq dimana beliau menyatakan dalam ucapannya yang mashyur.
"Sesungguhnya aku hanya dilantik dari kalangan kamu, bukanlah aku yang terbaik dr kamu, kiranya aku berada di landasan kebenaran maka bantulah aku, taatilah aku selagi mana aku mentaati Allah dan RasulNya, maka apabila aku menderhaka Allah maka tiadalah wajib lagi taat kepadaku"
Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh Abu Bakar As-Sidiq ,jelaslah islam menegaskan bahawa tiada yang layak di taati melain Allah dan RasulNya dan melarang keras terhadap pemerintah yang zalim mahupun autokrasi ,adapun Malaysia mengamalkan demokrasi.
Hak teguran ini digalakkan begitu hebat di zaman Khalifah Islam yang pertama Abu Bakar As-Siddiq dimana beliau menyatakan dalam ucapannya yang mashyur.
"Sesungguhnya aku hanya dilantik dari kalangan kamu, bukanlah aku yang terbaik dr kamu, kiranya aku berada di landasan kebenaran maka bantulah aku, taatilah aku selagi mana aku mentaati Allah dan RasulNya, maka apabila aku menderhaka Allah maka tiadalah wajib lagi taat kepadaku"
Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh Abu Bakar As-Sidiq ,jelaslah islam menegaskan bahawa tiada yang layak di taati melain Allah dan RasulNya dan melarang keras terhadap pemerintah yang zalim mahupun autokrasi ,adapun Malaysia mengamalkan demokrasi.
Jadi pemimpin yang di
sayangi rakyat.
Usah menjadi pemimpin yang aktif ketika PRU, mahupun ketika
berkempem meraih undian. Kita tidak mahu pemimpin yang dahulunya miskin tetapi
setelah memerintah menjadi hartawan , usah menjadi pemimpin yang mengutamakan
hak individu berbanding hak kolektif.
Mengambil pendangan dan mendengar keluhan semua pihak merupakan
intipati terpenting sebagai seorang pemimpin . Pemimpin yang adil dan berwibawa
akan menjadikan ia disenangi oleh rakyat.
Kabinet menteri Malaysia
http://www.kabinet.gov.my/cms/production/senarai_menteri.php ini adalah link untuk senarai penuh Kabinet Menteri Malaysia..dan atas line internet x cukup kuat hanya ini y mampu saya sediakan hihih...
YAB DATO' SRI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL
RAZAK
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan
YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN MOHD.
YASSIN
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan,
YB DATUK SERI PALANIVEL A/L K. GOVINDASAMY
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar,
YB DATO' SERI HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEIN
Menteri Pertahanan memangku Menteri Pengangkutan,
YB DATO' SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, |
||
Saturday, May 11, 2013
Pesan Rasulullah – Jangan Kahwini 6 Jenis Wanita Ini!
Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.
1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.
5. Wanita Basaqah : ada 2 makna,
Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.
Friday, May 3, 2013
Debaran PRU13 …
Debaran pru 13 esok (5 MEI 2013) merupakan hari yang
paling mendebarkan kepada seluruh warga Malaysia.Ini kerana kitalah penentu
masa depan negara,dengan undian kita ia akan memberikan kesan kepada seluruh
negara.
Harapan untuk keluar mengundi:
-
Telus dan jujur
terhadap kiraan undian.
-
Jaminan keselamatan
.
-
Harapan agar
cuaca tenang
-
Keluar awal untuk
mengundi
-
Undi adalah
rahsia
Harapan rakyat Malaysia….
-perubahan yang positif didalam pentadbiran negara. Kestabilan
negara diharapkan berterusan …….
Selamat mengundi…..
KURANG PENGETAHUAN SKIM PERLINDUNGAN DIRI INSURAN ATAU TAKAFUL.
Kitaran waktu sedar atau tidak di era milenium
Malaysia kini dilihat semakin membangun, pelbagai kemajuan yang dikecapi pada
hari ini merangkumi pelbagai aspek termasuklah dari sudut teknologi komunikasi,
perindustrian, pembuatan, pembangunan, pendidikan dan sebagainya.Pertumbuhan
yang pesat seperti ini memberikan daya saing duduk sama rendah berdiri sama
tinggi dengan negara maju yang lain.
Rentetan keberkesanan dalam memacu arus kemodenan
menyebabkan majoriti rakyat Malaysia menggunakan kitaran jam bekerja mereka
secara optimum.Sebagai modal insan yang menjadi penggerak nadi negara
,sebahagian dalam kalangan kita tidak mengambil berat tentang skim perlindungan
diri .
Malang tidak berbau acapkali kita dengar ungkapan
ini,sewajarnya kita mengambil langkah berjaga-jaga bahkan tiada siapa yang
menduga perkara yang terjadi di masa akan datang.Musibah atau kecelakaan boleh
menimpa kepada sesiapa sahaja,tidak kita usia tua atau muda di mana-mana sahaja
boleh berlaku tanpa diduga ,oleh itu kita seharusnya mempunyai skim
perlindungan diri.
Skim perlindungan diri ini penting ia bertujuan
membantu memastikan jaminan perlindungan
kemalangan dan kecelakaan yang menimpa diri kita . Dalam dunia kewangan
peribadi, kita sering kali ditawarkan untuk menyertai pelan takaful atau
insurans? mungkin kita rasa bahawa takaful dan insurans adalah sama.
Persoalannya mengapakah sebahagian menyebut takaful dan sebahagian menyebut
insurans? Mengapa insurans dan takaful tidak dinamakan atas satu nama sahaja?
Sudut pandangan
Islam.
Takaful adalah kata terbitan bahasa arab “kafala” yang bermaksud
“jamin” dan perkataan Takaful membawa maksud saling menjamin. Istilah Takaful
telah digunapakai dalam konteks insurans secara Islam. Ia merupakan satu
perjanjian antara sekumpulan peserta untuk saling menjamin antara satu sama
lain apabila berlakunya musibah atau kerugian tertentu.
Kalau dilihat objektif kedua-dua pelan ini adalah sama
tetapi beberapa perbezaan sudah dijelaskan oleh ulama Islam. Perbezaan utama
antara kedua-dua pelan ini adalah akad atau kontrak. Sebelum wujudnya takaful
di pasaran Malaysia, ulama Islam cuba untuk meneliti pelan insurans sama ada
mengikut muamalah Islam atau tidak. Setelah diteliti akad / kontrak insurans
adalah kontrak jual beli. Jual beli memang diharuskan oleh Islam tetapi mesti
memenuhi rukun jual beli mengikut Muamalah Islam. Dalam jual beli mesti ada penjual,
pembeli, akad (persetujuan jual beli tersebut) dan barang yang di beli. Maka menjadi
tanda tanya kepada kita apakah barang yang dibeli dalam pelan insurans. Adakah
barang tersebut polisi yang bernilai jutaan ringgit, atau khairat kematian atau
sebagainya Maka di situ lahirlah beberapa perkara yang tidak dibenarkan dalam
Islam.
Pada 15 Jun 1972 , Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam
persidangan yang kelimanya telah memutuskan iaitu insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan
oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada masa ini adalah suatu muamalah
yang fasid (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam
dari segi akadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar (samar-samar), maisir
(judi) dan riba. Untuk tidak terlibat dengan unsur-unsur tersebut,
perniagaan Takaful menggantikannya dengan konsep Tabarru’ (derma) dan
perjalanan operasinya menggunakan dua konsep muamalah Islam iaitu konsep
“Mudharabah” dan “Wakalah”.
Allah
berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 275 bermaksud, “Orang-orang yang
memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti
berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan
(Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa
sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah
telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu
sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia
berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum
pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada
Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka
mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
Menerusi
ayat ini jelaslah bahawa jual beli berunsurkan riba dilarang keras oleh
islam.Sebagai muslim kita seharusnya meneliti terlebih dahulu proses jual beli
sebelum memulakan proses tersebut.
BERBELANJA MENGIKUT ISLAM MELAHIRKAN PENGGUNA BIJAK
Pengguna bijak ialah
mereka yang mengutamakan barangan keperluan daripada barangan kehendak. Sebagai
pembeli kita mempunyai kuasa beli, tetapi sejauh manakah kita menggunakan kuasa
beli itu secara berhemah?
Pengguna ialah
individu yang mendapatkan barangan dan perkhidmatan dari pasaran untuk kegunaan
dirinya dan isi rumah. Pengguna yang menggunakan barangan dan perkhidmatan tidak
terikat dengan usia, kemampuan kuasa beli, jantina dan sebagainya. Peniaga dan
pembeli mempunyai hubungan yang rapat serta memerlukan antara satu sama lain.
Tanpa pengguna, peniaga tidak dapat menjual barangan mereka manakala pengusaha
pula tidak dapat memasarkan produk mereka dengan baik. Ini akan merencatkan
pertumbuhan rantaian permintaan pasaran.
Terdapat pelbagai
unsur yang mempengaruhi kuasa membeli antaranya permintaan dan penawaran
terhadap barangan atau perkhidmatan, citarasa pengguna, harga barang atau
perkhidmatan dan lain-lain lagi.
Menurut statistik
daripada pemantauan Pengguna e-Commerce visa 2010,secara purata rakyat Malaysia
berbelanja lebih daripada RM 6,000 dalam talian. Perbelanjaan bulanan purata
isi rumah meningkat 12.1 peratus kepada RM2,190 pada tahun 2009/10 daripada
RM1,953 yang dicatatkan pada tahun 2004/05. Mengikut Jabatan Perangkaan
Malaysia, peratus umur yang paling tinggi ialah 15 hingga 64 tahun.
Ini menunjukkan
kawalan kuasa beli tidak diuruskan secara berhemah, mereka memaksimumkan
perbelanjaan tanpa mengambil kira kesan jangka masa panjang seperti inflasi.
Sekiranya budaya ini tidak dibendung, tidak mustahil kegawatan ekonomi Malaysia
berlaku buat kali kedua.
Oleh
itu, pengguna memainkan peranan penting dalam memastikan rantaian permintaan
pasaran stabil sejajar dengan permintaan barangan dan perkhidmatan. Ia tidak
mengira faktor umur, jantina, kewangan dan sebagainya. Justeru, semua pihak
perlulah memainkan peranan penting bagi memastikan hubungan antara pembeli dan
peniaga berjalan dengan lancar.
Islam mendidik
pengguna bijak
Islam menganjurkan
umatnya agar tidak mengikut hawa nafsu ketika berbelanja. Perbelanjaan yang
mengikut hawa nafsu seperti tabiat boros, berbelanja melebihi daripada
kemampuan, mengutamakan barang kehendak daripada barang keperluan dan
sebagainya. Hal ini menyumbang ke arah berlakunya pembaziran.
Allah
berfirman yang bermaksud, "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah
saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhannya"
– (Surah Al-Isra, 27).
Ini
suatu gambaran yang amat keras kerana syaitan itu makhluk yang paling ingkar
terhadap perintah Allah. Islam
menggariskan beberapa panduan kepada umatnya supaya tidak melanggar etika jual
beli.
Dari aspek lain, Islam membuktikan bahawa ekonomi
yang berasaskan syariah dapat mengekang masalah inflasi. Permasalahan ini dapat
dilihat kepada negara-negara yang tidak mengamalkan syariah islamiah etika
kepenggunaan dalam muamalat.
Islam melarang keras kepada penjual yang
memanipulasikan hak pengguna seperti mengurangkan timbangan, menaikkan harga barang,
menyorokkan barang untuk mengaut keuntungan yang lebih tinggi dan sebagainya.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Mutaffifin ayat 1-3:
"Kecelakaan besar bagi orang yang curang
(menipu dalam timbangan dan sukatan). Iaitu apabila mereka menerima sukatan daripada
orang lain mereka meminta dipenuhi; dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat
atau menimbang untuk orang lain, mereka menguranginya".
Ini jelaslah menunjukkan bahawa menipu dalam
perniagaan akan memberi impak yang negatif kepada pengguna dan juga ekonomi
sesebuah negara. Seandainya peniaga masih berdegil dan meneruskan aktiviti
seperti ini, maka berlaku penindasan terhadap pengguna.
Strategi pengguna dalam memilih barangan
Hakikatnya,
masalah ini dapat dibendung sekiranya pengguna mempunyai strategi dalam
mendapatkan penawaran barang dan perkhidmatan.Antara langkah-langkah yang boleh
digunakan ialah:
1.
Elakkan menggunakan troli dan raga tetapi gunakanlah beg kitar semula .
2.
Elakkan sikap “biar papa asalkan bergaya”
3.
Kurangkan tabiat mendapatkan maklumat mengenai barangan jualan lelong di web.
4.
Elakkan daripada singgah di pasar raya selepas pulang kerja.
5. Elakkan
membawa anak yang sering mendesak untuk membeli sesuatu yang tidak perlu.
6. Kumpul
baucer jualan.
7. Membaca
katalog sebelum membeli, dengan cara ini, kita dapat menguruskan kewangan kita.
8. Elakkan
membawa duit yang berlebihan.
9. Eakkan
menggunakan kad kredit.
10. Jangan
terpengaruh dengan iklan.
Justeru
itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlu mengawal sikap suka berbelanja dan
berjimat-cermat ketika berbelanja di pasar raya mahupun di kedai runcit.
Subscribe to:
Posts (Atom)