Wednesday, April 10, 2013

kesan media baru terhadap PRU 13


Penjajahan pengetahuan serangkai permintaan kini menyebabkan media baru sebagai sumber medium di dalam penyebaran maklumat .Dapatan kajian menghasilkan kehangatan PRU 13 yang bakal menjelang menjadi tarikan umum akan agenda dan memorandum yang di tawarkan oleh parti masing-masing . Dengan adanya media baru seperti ini membolehkan beberapa pihak mempromosikan kebaikan partinya agar partinya di undi kelak.Tetapi sejauh manakah keberkesanan medium ini di dalam menyebarkan informasi kepada masyarakat?

Hilang kredibiliti berita.

Pastinya kesan yang dijanjikan oleh media baru ini mungkin adakalanya lebih sudu dari kuah ,ini kerana percaturan terhadap audio dan visual menyebabkan maklumat yang ingin disampaikan disalah tafsir oleh beberapa pihak,sekali gus menyebabkan berita atau informasinya kurang kredibiliti. Sebagai contoh penggunaan facebook,twitter,blog dan sebagainya menyebabkan kita tidak tahu akan kesahihan berita berkenaan ini kerana tiada sebarang sumber rujukan yang kita boleh dapati. Tambahan pula, kesan daripada sikap tidak bertanggungjawab beberapa pihak seperti ini memberikan impak jatuhnya nilai berita tersebut. Justeru itu sebagai pembaca kita digalakkan menapis dan menyelidiki berita dan maklumat yang ingin disampaikan itu boleh dipercayai atau tidak sebelum di sebarkan kepada umum.

Pihak luar boleh tahu apa yang berlaku

Tiada siapa yang dapat menghalang seseorang itu daripada menakluki pencarian informasi di Internet. Setiap maklumat boleh didapati dengan mudah dan pantas hanya di hujung jari.Gelombang yang membangkitkan berkaitan dengan isu-isu sensitif mahupun berita yang mengaibkan negara boleh juga diketahui oleh masyarakat dunia luar. Hal ini menyebabkan berlakunya implikasi yang boleh mencemarkan martabat maruah sesebuah negara itu,secara tidak langsungnya pertalian antara dua hala sesebuah negara mungkin terjejas. Sebagai contoh ,jika wujudnya perbalahan politik dalaman yang mengakibatkan sektor ekonomi mahupun keusahawanan di negara ini dalam keadaan tidak stabil , maka ia merencatkan pertumbuhan pelaburan dua hala dengan negara luar. Jika hal ini berlaku, tidak mustahil suatu hari nanti rakyat kita pula yang mengemis di negara sendiri.

Perpecahan kaum

Menjelang lagi tujuh tahun Malaysia ingin menyahut seruan wawasan 2020 penyatuan semua bangsa bagi mewujudkan nilai-nilai murni untuk mengekalkan keaman sejagat. Merujuk sembilan cabaran wawasan 2020 iaitu cabaran yang ketiga mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun” hal ini boleh terjadi jika kita saling bersatu dalam menangani isu-isu di negara kita dengan cara yang bijak,sama ada dari sudut politik,ekonomi mahupun kebudayaan. Kesan penyebaran media baru sebagai sumber rujukan mengakibatkan pelbagai angkara negatif anataranya ialah ia boleh menyebabkan perpecahan kaum. Sebagai contoh jika seseorang individu itu fanatik terhadap partinya ,tidak mustahil pelbagai taktik di gunakan bagi mewujudkan situasi indah khabar dari rupa. Pelbagai anasir sensitif yang boleh meragut kesepaduan antara kaum tidak di ambil peduli oleh segelintir pihak,keamanan sesebuah negara menjadi taruhan asalkan perkara yang di inginkan tercapai.Justeru itu pengawalan ketat dan telus oleh pihak berkuasa amatlah di titik beratkan agar perpaduan yang kita semai selama ini tidak terlerai dek penulisan wacana yang kurang bermoral.

Mampu menarik golongan muda

Kebanyakkan masyarakat dunia sekarang adalah masyarakat penguna siber tegar.Setiap hari kita akan duduk dihadapan gajet alam maya bagi mendapatkan pelbagai maklumat,menyiapkan tugasan,berkongsi maklumat dan sebagainya.Tidak di nafikan wujudnya kebaikan didalam penggunaan media baru terhadap PRU 13 antaranya ialah ia berperanan bagi mendapatkan sokongan pengundi daripada golongan muda terutamanya untuk terus mengundi tampuk pemerintahan yang betul. Hal ini demikian kerana golongan muda sekarang lebih cenderong mendapatkan maklumat daripada media baru dan mereka lebih bersifat kritikal.Dari sudut pandangan golongan ini,mereka tidak bersifat fanatik tetapi mereka lebih terbuka melihat perubahan yang dilakukan oleh pemerintah terhadap kemajuan negara dan kebajikan rakyat.Golongan seperti ini haruslah di pupuk dan di jaga melalui terapan nilai positif agar pemerintahan yang telus dapat di warisi oleh mereka dan mereka jugalah pemimpin negara masa hadapan.Pemimpim masa hadapan haruslah dilahirkan dan di bentuk sejak zaman awal pembelajaran,kita mahukan generasi Y meneruskan delegasi pemerintahan negara dengan telus ini kerana anak-anak bangsa kita pewaris kedaulatan.

 

Hari wanita sedunia memartabatkan kaum hawa.


 

Tanggal lapan Mac merupakan hari wanita yang disambut di seluruh dunia .Sambutan ini diadakan bersempena mengiktiraf serta menghargai kaum wanita kerana telah banyak berjasa dan mengorbankan tenaga bagi membantu melancarkan sesebuah organisasi tidak kira besar atau kecil organisasi itu. Wanita masa kini tidak harus diketepikan kerana sejajar dengan permintaan pasaran pekerjaan dunia wanita setanding dengan kaum lelaki.

 Di Malaysia pengiktirifan terhadap kaum hawa boleh dilihat daripada pelbagai sudut perkhidmatan antaranya syarikat Keretapi Tanah Melayu (KTM) menyediakan koc khusus untuk kaum wanita, syarikat kereta nasional kedua (PERODUA) pernah melancarkan model kereta mereka iaitu Perodua Myvi khusus kaum hawa edisi terhad berwarna merah jambu dan pada 2011 syarikat bas RapidKL telah melancarkan koc wanita bagi menambahbaikkan keselamatan wanita terutamanya semasa waktu puncak.

Tokoh ibu segala wanita

Jika di selak sejarah islam pastinya Saidatina Khadijah RA menjadi tokoh dan ikon kepada para ibu,ini kerana keperibadiannya mempertahankan serta memperjuangkan agama Allah sekaligus menjadi tulang belakang buat suaminya yang tercinta Nabi Muhammad SAW.

Saidatina Khadijah RA merupakan wanita pertama yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya .Dari sudut ekonomi pula,Saidatina Khadijah merupakan salah seorang jutawan pada zaman itu yang berasal daripada golongan terhormat  yang mempunyai harta tidak sedikit banyaknya.

Memetik daripada hadith  Rasullulah SAW berkaitan tentang keperibadian isterinya , "Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik dari dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan darinyalah aku mendapatkan keturunan." .

Dari hadith ini jelaslah bahawa Islam menganjurkan agar setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga perlulah berkorban antara satu sama lain, berkongsi suka-duka  selain melahirkan zuriat dan keturunan yang beriman kepada yang Maha Pencipta.

Selain itu ,kesetiaan Saidatina Khadijah RA terhadap suaminya yang tercinta memang tidak luput .Saidatina Khadijah RA sentiasa menyokong setiap perkara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW setiap penganiayaan dan ancaman di harungi bersama malah dalam banyak kegiatan peribadatan Rasulullah SAW, Khadijah pasti bersama seperti membantu baginda seperti menyediakan air untuk mengambil wuduk.

  Tambahan pula, Saidatina Khadijah RA merupakan contoh terbaik suri rumah ini di buktikan lagi dengan potongan hadith yang bermaksud, apabila ditanya tentang Siti Khadijah RA akan perpisahan Rasulullah SAW atas pemergiannya, Rasulullah SAW menjawab, "Ya! Sesungguhnya Khadijah adalah pentadbir dan suri rumah yang terbaik."

Menurut hadith ini jelaslah bahawa Saidatina Khadijah RA merupakan ikon ibu kepada seluruh wanita.Dengan memiliki keperibadian yang mulia ,mahir menguruskan perihal rumahtangga ,ekonomi dan sebagainya kita seharusnya menjadikan Saidatina Khadijah RA sebagai teladan yang baik.

Tangan yang menghayun buaian mampu melahirkan generasi menggegar dunia.

 Tugas kaum ibu mendidik anak-anak sejak dari kecil adalah begitu besar peranannya.Kesan positif yang diterapkan oleh seorang ibu itu mampu memberikan implikasi yang besar terhadap sesebuah negara. Tiada siapa yang boleh menjangkakan kehebatan tangan yang lembut menghayun buaian boleh melahirkan generasi menggegar dunia.

Sebagai contoh Tun Rahah merupakan isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang kedua Tun Abdul Razak atau di kenali sebagai bapa pembangunan. Sebagai seorang ibu beliau sanggup menyahut cabaran kehidupan setelah kematian suaminya yang tercinta untuk membesarkan anak-anaknya yang masih menuntut di menara gading ketika itu sehinggalah putera-puteranya berjaya dalam bidang masing-masing.Kegigihan Tun Rahah mendidik anak-anaknya terbukti apabila salah seorang putera kesayangannya mengikut jejak langkah suaminya yang tercinta dalam mentadbir negara bagi meneraju Malaysia kearah transformasi unggul.

Ini dapat dibuktikan lagi bahawa kita perlu berdedikasi di dalam menjalankan tanggungjawab  membesarkan anak-anak.Jangan jadikan sesuatu kesukaran itu sebagai penghalang dalam mendidik amanah Allah,ini kerana anak-anak merupakan aset negara di masa depan.

Setiap dugaan yang berlaku atas ketentuanNya mempunyai pelbagai hikmat yang tidak dapat kita fikirkan.Usaha keras seorang ibu dalam menjalankan amanat Allah ini akan beroleh hasil yang tidak ternilai di masa akan datang.

Bantahan keatas keganasan terhadap wanita

            Kebelakangan ini ,penderaan mahupun penindasan terhadap kaum wanita menjadi isu hangat yang banyak terpampang di dada akhbar.Penderaan dan penindasan terhadap kaum wanita ini terjadi dalam  pelbagai cara seperti fizikal dan mental,gangguan emosi,penindasan hak wanita sama ada individu mahupun kolektif,penderaan seksual,wang dan lain-lain lagi.

            Gejala seperti ini tidak seharusnya berlaku ini kerana negara kita menuju kearah kemajuan pembangunan dari segi pelbagai aspek sementara kita perlu mengaplikasikan nilai ketemadunan pemikiran secara rasional dan meningkakan moral sivik ke tahap maksimum dalam kehidupan kita.

            Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Women Aid Organisation (WAO) keganasan dan penderaan terhadap wanita pada tahun 2000 sehingga 2012 menunjukkan peningkatan dan penurunanan secara tidak sekata .Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti faktor diri sendiri,faktor teknologi,faktor keadaan dan lain-lain lagi.

Jika hal ini berterusan maka implikasi yang buruk akan berlaku di sesebuah negara itu. Oleh itu, islam tidak pernah membezakan antara lelaki mahupun wanita malahan darjat wanita diangkat tinggi dalam islam .Allah berfirman dalm surah AN-Nahl ayat 97 yang bermaksud “Barangsiapa yang mengerjakan amalan shalih, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan kami beri balasan pula kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.”

Menerusi ayat ini dapatlah di simpulkan bahawa islam tidak pernah memandang rendah keatas wanita justeru islam tidak menganjurkan keganasan keatas kaum hawa.Sebagai lelaki kita seharusnya kita bertanggungjawab untuk memimpin wanita kearah rasionalism bukannya dengan mempergunakan kelemahan mereka sebagai agenda serakah.