Penjajahan pengetahuan serangkai permintaan kini
menyebabkan media baru sebagai sumber medium di dalam penyebaran maklumat
.Dapatan kajian menghasilkan kehangatan PRU 13 yang bakal menjelang menjadi
tarikan umum akan agenda dan memorandum yang di tawarkan oleh parti
masing-masing . Dengan adanya media baru seperti ini membolehkan beberapa pihak
mempromosikan kebaikan partinya agar partinya di undi kelak.Tetapi sejauh
manakah keberkesanan medium ini di dalam menyebarkan informasi kepada
masyarakat?
Hilang
kredibiliti berita.
Pastinya kesan yang dijanjikan oleh media baru ini
mungkin adakalanya lebih sudu dari kuah ,ini kerana percaturan terhadap audio
dan visual menyebabkan maklumat yang ingin disampaikan disalah tafsir oleh
beberapa pihak,sekali gus menyebabkan berita atau informasinya kurang
kredibiliti. Sebagai contoh penggunaan facebook,twitter,blog dan
sebagainya menyebabkan kita tidak tahu akan kesahihan berita berkenaan ini
kerana tiada sebarang sumber rujukan yang kita boleh dapati. Tambahan pula,
kesan daripada sikap tidak bertanggungjawab beberapa pihak seperti ini
memberikan impak jatuhnya nilai berita tersebut. Justeru itu sebagai pembaca
kita digalakkan menapis dan menyelidiki berita dan maklumat yang ingin
disampaikan itu boleh dipercayai atau tidak sebelum di sebarkan kepada umum.
Pihak luar
boleh tahu apa yang berlaku
Tiada siapa yang dapat menghalang seseorang itu
daripada menakluki pencarian informasi di Internet. Setiap maklumat boleh
didapati dengan mudah dan pantas hanya di hujung jari.Gelombang yang
membangkitkan berkaitan dengan isu-isu sensitif mahupun berita yang mengaibkan
negara boleh juga diketahui oleh masyarakat dunia luar. Hal ini menyebabkan
berlakunya implikasi yang boleh mencemarkan martabat maruah sesebuah negara
itu,secara tidak langsungnya pertalian antara dua hala sesebuah negara mungkin
terjejas. Sebagai contoh ,jika wujudnya perbalahan politik dalaman yang
mengakibatkan sektor ekonomi mahupun keusahawanan di negara ini dalam keadaan
tidak stabil , maka ia merencatkan pertumbuhan pelaburan dua hala dengan negara
luar. Jika hal ini berlaku, tidak mustahil suatu hari nanti rakyat kita pula
yang mengemis di negara sendiri.
Perpecahan kaum
Menjelang lagi tujuh tahun Malaysia ingin menyahut
seruan wawasan 2020 penyatuan semua bangsa bagi mewujudkan nilai-nilai murni untuk
mengekalkan keaman sejagat. Merujuk sembilan cabaran wawasan 2020 iaitu cabaran
yang ketiga “mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik
yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman matang, demokrasi Malaysia
berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun”
hal ini boleh terjadi jika kita saling bersatu dalam menangani isu-isu di
negara kita dengan cara yang bijak,sama ada dari sudut politik,ekonomi mahupun
kebudayaan. Kesan penyebaran media baru sebagai sumber rujukan mengakibatkan pelbagai
angkara negatif anataranya ialah ia boleh menyebabkan perpecahan kaum. Sebagai
contoh jika seseorang individu itu fanatik terhadap partinya ,tidak mustahil
pelbagai taktik di gunakan bagi mewujudkan situasi indah khabar dari rupa.
Pelbagai anasir sensitif yang boleh meragut kesepaduan antara kaum tidak di
ambil peduli oleh segelintir pihak,keamanan sesebuah negara menjadi taruhan
asalkan perkara yang di inginkan tercapai.Justeru itu pengawalan ketat dan
telus oleh pihak berkuasa amatlah di titik beratkan agar perpaduan yang kita
semai selama ini tidak terlerai dek penulisan wacana yang kurang bermoral.
Mampu menarik golongan muda
Kebanyakkan masyarakat dunia
sekarang adalah masyarakat penguna siber tegar.Setiap hari kita akan duduk
dihadapan gajet alam maya bagi mendapatkan pelbagai maklumat,menyiapkan
tugasan,berkongsi maklumat dan sebagainya.Tidak di nafikan wujudnya kebaikan
didalam penggunaan media baru terhadap PRU 13 antaranya ialah ia berperanan
bagi mendapatkan sokongan pengundi daripada golongan muda terutamanya untuk
terus mengundi tampuk pemerintahan yang betul. Hal ini demikian kerana golongan
muda sekarang lebih cenderong mendapatkan maklumat daripada media baru dan
mereka lebih bersifat kritikal.Dari sudut pandangan golongan ini,mereka tidak
bersifat fanatik tetapi mereka lebih terbuka melihat perubahan yang dilakukan
oleh pemerintah terhadap kemajuan negara dan kebajikan rakyat.Golongan seperti
ini haruslah di pupuk dan di jaga melalui terapan nilai positif agar
pemerintahan yang telus dapat di warisi oleh mereka dan mereka jugalah pemimpin
negara masa hadapan.Pemimpim masa hadapan haruslah dilahirkan dan di bentuk
sejak zaman awal pembelajaran,kita mahukan generasi Y meneruskan delegasi
pemerintahan negara dengan telus ini kerana anak-anak bangsa kita pewaris
kedaulatan.
No comments:
Post a Comment