Tanggal lapan Mac merupakan hari wanita
yang disambut di seluruh dunia .Sambutan ini diadakan bersempena mengiktiraf
serta menghargai kaum wanita kerana telah banyak berjasa dan mengorbankan
tenaga bagi membantu melancarkan sesebuah organisasi tidak kira besar atau
kecil organisasi itu. Wanita masa kini tidak harus diketepikan kerana sejajar
dengan permintaan pasaran pekerjaan dunia wanita setanding dengan kaum lelaki.
Di
Malaysia pengiktirifan terhadap kaum hawa boleh dilihat daripada pelbagai sudut
perkhidmatan antaranya syarikat Keretapi Tanah Melayu (KTM) menyediakan koc
khusus untuk kaum wanita, syarikat kereta nasional kedua (PERODUA) pernah
melancarkan model kereta mereka iaitu Perodua Myvi khusus kaum hawa edisi
terhad berwarna merah jambu dan pada 2011 syarikat bas RapidKL telah
melancarkan koc wanita bagi menambahbaikkan keselamatan wanita terutamanya
semasa waktu puncak.
Tokoh ibu
segala wanita
Jika di selak sejarah islam pastinya
Saidatina Khadijah RA menjadi tokoh dan ikon kepada para ibu,ini kerana
keperibadiannya mempertahankan serta memperjuangkan agama Allah sekaligus
menjadi tulang belakang buat suaminya yang tercinta Nabi Muhammad SAW.
Saidatina Khadijah RA merupakan wanita
pertama yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya .Dari sudut ekonomi
pula,Saidatina Khadijah merupakan salah seorang jutawan pada zaman itu yang
berasal daripada golongan terhormat yang
mempunyai harta tidak sedikit banyaknya.
Memetik daripada hadith Rasullulah SAW berkaitan tentang keperibadian
isterinya , "Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik
dari dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku
ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha
mempertahankannya dan darinyalah aku mendapatkan keturunan." .
Dari hadith ini jelaslah bahawa
Islam menganjurkan agar setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga perlulah
berkorban antara satu sama lain, berkongsi suka-duka selain melahirkan zuriat dan keturunan yang
beriman kepada yang Maha Pencipta.
Selain itu ,kesetiaan Saidatina
Khadijah RA terhadap suaminya yang tercinta memang tidak luput .Saidatina
Khadijah RA sentiasa menyokong setiap perkara yang dilakukan oleh Rasulullah
SAW setiap penganiayaan dan ancaman di harungi bersama malah dalam banyak kegiatan
peribadatan Rasulullah SAW, Khadijah pasti bersama seperti membantu baginda
seperti menyediakan air untuk mengambil wuduk.
Tambahan pula, Saidatina Khadijah RA
merupakan contoh terbaik suri rumah ini di buktikan lagi dengan potongan hadith
yang bermaksud, apabila ditanya tentang Siti Khadijah RA akan
perpisahan Rasulullah SAW atas pemergiannya, Rasulullah SAW menjawab, "Ya!
Sesungguhnya Khadijah adalah pentadbir dan suri rumah yang terbaik."
Menurut hadith ini jelaslah
bahawa Saidatina Khadijah RA merupakan ikon ibu kepada seluruh wanita.Dengan
memiliki keperibadian yang mulia ,mahir menguruskan perihal rumahtangga
,ekonomi dan sebagainya kita seharusnya menjadikan Saidatina Khadijah RA
sebagai teladan yang baik.
Tangan
yang menghayun buaian mampu melahirkan generasi menggegar dunia.
Tugas kaum ibu mendidik anak-anak sejak dari
kecil adalah begitu besar peranannya.Kesan positif yang diterapkan oleh seorang
ibu itu mampu memberikan implikasi yang besar terhadap sesebuah negara. Tiada
siapa yang boleh menjangkakan kehebatan tangan yang lembut menghayun buaian
boleh melahirkan generasi menggegar dunia.
Sebagai contoh Tun Rahah
merupakan isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang kedua Tun Abdul Razak
atau di kenali sebagai bapa pembangunan. Sebagai seorang ibu beliau
sanggup menyahut cabaran kehidupan setelah kematian suaminya yang tercinta
untuk membesarkan anak-anaknya yang masih menuntut di menara gading ketika itu
sehinggalah putera-puteranya berjaya dalam bidang masing-masing.Kegigihan Tun
Rahah mendidik anak-anaknya terbukti apabila salah seorang putera kesayangannya
mengikut jejak langkah suaminya yang tercinta dalam mentadbir negara bagi
meneraju Malaysia kearah transformasi unggul.
Ini dapat dibuktikan lagi
bahawa kita perlu berdedikasi di dalam menjalankan tanggungjawab membesarkan anak-anak.Jangan jadikan sesuatu
kesukaran itu sebagai penghalang dalam mendidik amanah Allah,ini kerana
anak-anak merupakan aset negara di masa depan.
Setiap dugaan yang berlaku
atas ketentuanNya mempunyai pelbagai hikmat yang tidak dapat kita
fikirkan.Usaha keras seorang ibu dalam menjalankan amanat Allah ini akan
beroleh hasil yang tidak ternilai di masa akan datang.
Bantahan
keatas keganasan terhadap wanita
Kebelakangan
ini ,penderaan mahupun penindasan terhadap kaum wanita menjadi isu hangat yang
banyak terpampang di dada akhbar.Penderaan dan penindasan terhadap kaum wanita
ini terjadi dalam pelbagai cara seperti
fizikal dan mental,gangguan emosi,penindasan hak wanita sama ada individu
mahupun kolektif,penderaan seksual,wang dan lain-lain lagi.
Gejala
seperti ini tidak seharusnya berlaku ini kerana negara kita menuju kearah
kemajuan pembangunan dari segi pelbagai aspek sementara kita perlu
mengaplikasikan nilai ketemadunan pemikiran secara rasional dan meningkakan
moral sivik ke tahap maksimum dalam kehidupan kita.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Women
Aid Organisation (WAO) keganasan dan penderaan terhadap wanita pada tahun
2000 sehingga 2012 menunjukkan peningkatan dan penurunanan secara tidak sekata
.Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti faktor diri sendiri,faktor
teknologi,faktor keadaan dan lain-lain lagi.
Jika hal ini berterusan maka
implikasi yang buruk akan berlaku di sesebuah negara itu. Oleh itu, islam tidak
pernah membezakan antara lelaki mahupun wanita malahan darjat wanita diangkat
tinggi dalam islam .Allah berfirman dalm surah AN-Nahl ayat 97 yang bermaksud “Barangsiapa yang
mengerjakan amalan shalih, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan
beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan
akan kami beri balasan pula kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari
apa yang telah mereka kerjakan.”
Menerusi
ayat ini dapatlah di simpulkan bahawa islam tidak pernah memandang rendah
keatas wanita justeru islam tidak menganjurkan keganasan keatas kaum hawa.Sebagai
lelaki kita seharusnya kita bertanggungjawab untuk memimpin wanita kearah
rasionalism bukannya dengan mempergunakan kelemahan mereka sebagai agenda
serakah.
No comments:
Post a Comment